suria

Keputusan UPSR 2013 Diumum 14 November Ini

KUALA LUMPUR: Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013 akan diumumkan pada 14 November ini, menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan pada Khamis.

Kenyataan itu menyebut calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi, pada hari berkenaan.

Selain itu, calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan UPSR 2013 melalui khidmat pesanan ringkas mySMS ke 15888.

"Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula 10 pagi, 14 November dan akan ditamatkan pada 11.59 malam, 20 November ini," menurut kenyataan itu.

Pada tahun ini, seramai 478,848 calon telah menduduki peperiksaan UPSR di 8,268 pusat peperiksaan di seluruh negara. - BERNAMA

Artikel Lain