suria

Agenda Progresif, Liberal Disokong Akar Umbi - Khairy

Khairy bersama isteri Nori Abdullah (dua, kiri) dan ibu, Datuk Rahmah Abdul Hamid (kiri). Foto GLENN GUAN / THE STAR
Khairy bersama isteri Nori Abdullah (dua, kiri) dan ibu, Datuk Rahmah Abdul Hamid (kiri). Foto GLENN GUAN / THE STAR
Khairy bersama isteri Nori Abdullah (dua, kiri) dan ibu, Datuk Rahmah Abdul Hamid (kiri). Foto GLENN GUAN / THE STAR

KUALA LUMPUR: Khairy Jamaluddin yang berjaya mempertahankan jawatan Ketua Pemuda Umno berkata, agenda progresif dan liberal yang dibawakan oleh beliau disokong di peringkat akar umbi.

Beliau berkata, jika di peringkat akar umbi tidak menerima agenda yang dibawakannya, ia sudah tentu bertentangan dengan keputusan, dan menunjukkan bahawa pihak lawannya menggunakan agenda yang regresif.

"Jika saya mahu menang dengan selesa, saya boleh menggunakan formula sayap kanan. Saya mahu menunjukkan bahawa anda boleh menjadi progresif dan menang dalam Umno," katanya pada sidang media di PWTC.

Beliau berkata, agenda progresif seharusnya bermula dengan belia yang akan membawa parti terus maju ke hadapan.

"Kita perlu memulakannya. Kita mesti berfikiran ke hadapan," katanya.

Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa keputusan rasmi belum dikeluarkan dan kemenangan tidak boleh diambil mudah.

Secara tidak rasminya Khairy memenangi dengan majoriti dalam perebutan jawatan bersama empat pesaing yang lain.

Ditanya mengenai perbezaan di antara pemilihan kali ini dengan yang sebelumnya pada tahun 2009, beliau berkata, masing-masing mempunyai cabaran yang tersendiri.

Artikel Lain