suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Warga India Cuba Seludup Dadah Bernilai Hampir RM1 Juta Diberkas

KUANTAN: Seorang wanita rakyat India yang disyaki cuba menyeludup masuk dadah jenis syabu bernilai hampir RM1 juta ditahan di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah (LTSAS), Kuantan.

Pengarah Kastam Pahang, Datuk Sarip Ismail berkata, wanita berusia 58 tahun itu ditahan kira-kira jam 11 pagi Sabtu ketika dia memasuki balai ketibaan lapangan terbang tersebut.

"Hasil pemeriksaan di dalam bagasi yang dibawa wanita terbabit, kami menemui ketulan kristal dipercayai syabu seberat lima kilogram yang disembunyikan di ruang khas beg itu yang telah diubahsuai," katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati wanita itu berlepas dari Chennai, India sebelum transit di Kuala Lumpur dan tiba di LTSAS Kuantan.

"Kami tidak menolak kemungkinan wanita itu terbabit dalam sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang menjadikan lapangan terbang kecil sebagai destinasi terakhir mereka," katanya lagi. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Umno Pantau 'Cai' Senarai Calon

Artikel Lain