suria

Lebih 400,000 Calon Duduki PMR Terakhir

DOA UNTUK KEJAYAAN... Sebahagian pelajar-pelajar mengaminkan bacaan doa sebelum menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Perang di Kuantan, Rabu. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Sebanyak 462,940 calon menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) terakhir, di 3,530 pusat peperiksaan di seluruh negara, pada Rabu.

Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan (KPM), peperiksaan itu akan berlangsung selama lima hari berakhir 9 Oktober.

Mengikut pecahan, sebanyak 430,146 adalah calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan manakala calon sekolah di bawah agensi kerajaan selain KPM (6,024 orang), calon sekolah menengah agama negeri (9,906 orang ) dan calon sekolah swasta (13,637 orang).

Sementara itu, calon persendirian 1,008 orang dan calon sekolah menengah agama rakyat 2,219 orang.

PMR yang diperkenalkan sejak 1992 akan dimansuhkan mulai tahun depan.

Artikel Berikut

Artikel Lain