Ambil Tindakan Jika Sekolah Tahfiz Guna Pelajar Kutip Derma - Jamil Khir - Semasa | mStar

Ambil Tindakan Jika Sekolah Tahfiz Guna Pelajar Kutip Derma - Jamil Khir

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom meminta kerajaan negeri yang mempunyai kuasa ke atas sekolah tahfiz mengambil tindakan sewajarnya jika sekolah itu menyalah guna pelajar untuk mengutip derma.

Katanya, perbuatan itu salah di sisi undang-undang dan pengusaha sekolah terbabit harus dikenakan tindakan keras.

"Jabatan Kebajikan Masyarakat ada peraturan dan akta bagi yang ingin mengutip derma, jadi kalau yang tidak dibenarkan (kutip derma) tidak bolehlah, apatah lagi menggunakan tenaga anak-anak bawah umur memang tidak dibenarkan dan jika buat juga mereka boleh dikenakan tindakan," katanya di sini Isnin.

Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan bantuan kewangan berjumlah RM1 juta kepada Pengerusi Yayasan Ehsan Seputeh Datuk Mustapha Kamal Yussof untuk pembinaan Akademi Tahfiz Darul Abrar, di Jalan Kelang Lama, di sini.

Bantuan kewangan itu ialah inisiatif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) melalui Skim Bantuan Badan Bukan Kerajaan kepada institusi pendidikan yang berdaftar di bawah program pembangunan ummah Baitulmal MAIWP.

Sementara itu, mengulas ramalan hujan lebat di tanah suci, Jamil Khir menasihati jemaah Malaysia agar tidak keluar berjalan ketika cuaca buruk.

"Memang banjir di sana tidak seteruk seperti di Malaysia tetapi kalau berlaku hujan di sana (Makkah dan Madinah) dinasihatkan jangan banyak keluar, sebab banyak kawasan licin dan boleh jatuh," katanya.

Saudi Gazette pada Ahad melaporkan Makkah dan Madinah mungkin dilanda hujan lebat ketika musim haji kali ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain