suria

Kumpulan Pertama Pelajar Malaysia di Mesir Dijangka Tiba Petang Ini

Anifah Aman
Anifah Aman
Anifah Aman

PUTRAJAYA: Kerajaan telah memulakan proses pemindahan pelajar Malaysia di Mesir dengan kumpulan pertama seramai lima orang pelajar dijangka tiba pada Khamis.

Kumpulan berkenaan diterbangkan dengan pesawat Egypt Air MS960 dijangka tiba pada pukul 6.40 petang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata kumpulan kedua, terdiri daripada lapan pelajar juga telah berlepas daripada Alexandria dan dijangka tiba pada 9.45 malam Khamis.

Beliau berkata kumpulan ketiga yang terdiri daripada 45 pelajar pula dijangka tiba pada Jumaat dengan menaiki dua pesawat SQ5322 dan SQ106 milik Singapore Airlines.

"Kumpulan keempat yang terdiri daripada 11 orang pelajar juga akan tiba pada Jumaat," katanya pada Khamis.

Anifah berkata Kedutaan Malaysia di Mesir dan beberapa agensi lain di sana sedang menggunakan semua saluran yang ada bagi memastikan semua pelajar Malaysia dapat dipindahkan secepat mungkin.

Artikel Lain