suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Plastik Berisi Peluru Di Hadapan Rumah Adun Seri Delima

R.S.N Rayer
R.S.N Rayer
R.S.N Rayer

GEORGE TOWN: Seorang wakil rakyat terkejut apabila beliau mendapati beg plastik yang mengandungi lima butir peluru berada di dalam kawasan rumahnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima R.S.N Rayer berkata anak saudara beliau berusia 10 tahun menemui beg plastik berkenaan kira-kira pukul 7.50 pagi Rabu di rumahnya di Taman Pulau di sini.

Beliau berkata kanak-kanak itu menjumpai beg plastik di anjung depan rumahnya.

"Anak saudara saya mengambil bungkusan plastik dan menyangka ia adalah coklat tetapi terkejut melihat peluru.

"Dia kemudian memberitahu bapa saya yang kemudian memberitahu saya mengenainya," katanya ketika ditemui di sini.

Beliau kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Jelutong.

Katanya, beliau dia bimbangkan keselamatan diri dan ahli keluarganya dan berharap pihak polis akan menjalankan siasatan terperinci.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain