suria

Che Long Antara Pengundi Awal Buang Undi

Che Long membuang undi di SK Kg Baharu, Kuala Besut. Foto M. Azhar Arif/The Star
Che Long membuang undi di SK Kg Baharu, Kuala Besut. Foto M. Azhar Arif/The Star
Che Long membuang undi di SK Kg Baharu, Kuala Besut. Foto M. Azhar Arif/The Star

BESUT: Calon PAS, Endut @ Azlan Yusof yakin parti itu berupaya memperoleh kemenangan sekaligus mencipta sejarah dengan mewujudkan 'DUN tergantung' di Terengganu.

Azlan atau lebih dikenali sebagai 'Che Long' berkata, kerja keras parti itu sepanjang tempoh 12 hari berkempen memberi gambaran baik mengenai sokongan pengundi terhadap PAS.

"InsyaAllah Che Long yakin berjaya...keyakinan bermula di dalam hati, tapi semuanya bergantung kepada Allah," katanya ketika ditemui selepas menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu di sini, Rabu.

Bagaimanapun hasrat Azlan untuk menjadi pengundi pertama tidak kesampaian apabila beliau mendapat kertas undi kedua di saluran dua bagi pusat mengundi tersebut.

Beliau membuang undi kira-kira pukul 8.05 pagi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain