suria

Tindakan Terhadap Pasangan Blogger Seks Jadi Perbualan Hangat Di Internet

PETALING JAYA: Tindakan undang-undang yang dikenakan terhadap penulis blog seks Alvin Tan dan Vivian Lee telah menjadikan dunia siber 'sibuk' apabila pengguna-pengguna internet mengutuk ucapan mereka yang mempersendakan umat Islam dan Ramadan dalam Facebook serta mempamerkan gambar-gambar lucah dalam blog mereka.

Terdapat juga di kalangan mereka yang mempersoalkan mengapa mereka yang lain yang telah mempersendakan agama-agama lain tidak dikenakan hukuman yang sama.

Di dalam Twitter dan Facebook, ada yang menulis bahawa kedua-dua berhak menanggung beban undang-undang yang dikenakan.

Bagaimanapun, terdapat juga yang merasakan mereka perlu dikenakan tindakan tetapi tidak dinafikan ikat jamin.

Terdapat juga mereka yang mempersoalkan mengapa ahli Parlimen yang telah membuat kenyataan yang menyentuh sensitiviti agama terlepas daripada hukuman sebegitu.

Sin Yew @S_Y_New berkata perbuatan mereka menghina Islam tidak boleh dibiarkan tanpa hukuman.

Rabi Osman Mohd @rabiosman melahirkan rasa terkejut atas Akta Hasutan yang digunakan terhadap kes itu.

"Bagaimana pula dengan kenyataan Zulkifli Nordin yang boleh membawa kepada rusuhan kaum yang lebih serius?"

Eve @evevioletta berkata Tan dan Lee didakwa di mahkamah dengan segera tetapi apabila Ketua Perkasa Ibrahim Ali mengugut untuk membakar Bible, tiada tindakan undang-undang dikenakan terhadapnya.

Artikel Lain