suria

Raja Perlis Mahu Rakyat Mantapkan Kembali Perpaduan

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail (dua, kiri) dan Raja Muda, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (kiri) memberikan tabik hormat pada perbarisan kehormatan pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Tuanku Raja Perlis yang ke-70 di Istana Arau, Perlis pada Jumaat. Berangkat sama Raja Perempuan Tuanku Tengku Fauziah Abdul Rashid (dua, kanan) dan Raja Puan Muda, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil (kanan).-Foto BERNAMA

KANGAR: Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mahu rakyat memantapkan kembali ikatan perpaduan yang menjadi asas utama ke arah mengekalkan negara berdaulat.

Baginda bertitah masa untuk bertelagah kerana perbezaan fahaman politik tidak perlu dipanjangkan kerana pilihan raya umum ke-13 telah berlalu.

"Kita haruslah bersatu, berkongsi kesusahan dan meraikan kesenangan yang membanggakan negara secara bersama. "Pepatah Melalu yang menyebut 'kuah sama dihirup, sambal sama dicolek' adalah releven bagi menyatakan tentang perpaduan rakyat di negara ini," titah baginda pada istiadat penganugerahan darjah dan pingat kebesaran sempena hari ulang tahun keputeraan baginda yang ke-70 di Istana Arau pada Jumaat.

Turut berangkat Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Abdul Rashid, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Tuanku Syed Sirajuddn turut berharap segala projek pembangunan yang dirancang di Perlis mencapai sasaran termasuk projek pelaburan seperti Taman Teknologi Pauh Putra, Perlis Halal Park, depot pelepasan darat serta pembangunan perusahaan kecil dan sederhana yang mempunyai impak ekonomi yang tinggi.

Selain itu usaha kerajaan negeri menjadikan Perlis sebagai hab pendidikan perlu dipergiatkan termasuk menambah institusi pengajian tinggi seperti mewujudkan Kolej Universiti Islam Perlis dan Kolej Risda, titah baginda.

Baginda turut menekankan tentang pentingnya kerajaan memberi fokus terhadap pembangunan projek tenologi hijau yang mesra alam termasuk penghasilan diesel menggunakan plastik terbuang dan pelaksanaan projek taman solar di bekas pusat pelupusan sampah Kuala Perlis.

Sementara itu Menteri Besar Perlis Azlan Man dalam ucapan pada istiadat itu berkata kerajaan negeri akan bersikap lebih mesra pelabur bagi menarik pelabur dalam dan luar negeri.

Beliau berkata antara strategi yang akan diguna untuk memperkasakan sektor pelaburan ialah mewujudkan insentif pelaburan secara khusus terutama dalam sub sektor berimpak tinggi seperti industri halal, teknologi hilau, pelancongan dan teknologi tinggi.

Sempena istiadat itu, seramai 22 orang menerima darjah kebesaran, antaranya Presiden Airod Sdn Bhd Tan Sri Ahmad Johan dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang masing-masing menerima Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Mereka adalah antara 207 penerima darjah dan pingat kebesaran sempena ulang tahun keputeraan Raja Perlis tahun ini. Istiadat pengurniaan siri kedua dan ketiga dijadual berlangsung Jun ini. -BERNAMA

Artikel Lain