PAS Tanding Enam Kerusi Parlimen, 21 DUN Di Pahang - Semasa | mStar

PAS Tanding Enam Kerusi Parlimen, 21 DUN Di Pahang

TEMERLOH: PAS meletakkan enam calon untuk bertanding di kerusi Parlimen dan 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pahang.

Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kerusi Parlimen itu ialah Maran, Rompin, Kuala Krau, Lipis, Temerloh dan Jerantut.

Calon-calonnya terdiri daripada Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan (Temerloh), Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Dr Hamzah Jaafar (Jerantut), Ketua Pemuda PAS Pahang, Sharil Azman Abdul Halim (Kuala Krau), Ketua Dewan Muslimat, Nuridah Mohd Salleh (Rompin), Ahli PAS Maran, Mujibur Rahman Ishak (Maran) dan Ahli PAS Lipis, Muhyiddin Razali (Lipis).

Tuan Ibrahim berkata daripada 21 calon untuk DUN, 18 daripadanya adalah muka baru.

Beliau akan bertanding di DUN Jengka dan bakal berdepan penyandang dari BN, Wan Salman Wan Ismail.

Calon bagi kerusi DUN lain ialah Raslan Zainal (Padang Tengku), Tengku Shah Amir Tengku Perang (Dong), Sulaiman Md Derus (Sungai Lembing), Yusoff Embong (Panching), Othman Bakar (Pulau Manis), Abu Kassim Manaf (Peramu Jaya).

Shahrulnizam Abdul Holiff (Luit), Hasenan Harun (Chenor), Kamal Ashari (Kerdau), Syed Hamid Syed Mohamed (Kuala Semantan), Abdul Hamid Bahatim (Pelangai), Musaniff Abdul Rahman (Guai), Syukri Ahmad (Bukit Ibam).

Mohd Fadzil Mohd Ramli (Tioman), Andansura Rabu (Beserah), Yohanis Ahmad (Pulau Tawar), Zakuan Ahmad Badaruddin (Tahan), Abdul Karim Nor (Jelai), Rosli Abdul Jabar (Tanjung Lumpur) dan Syed Mohamad Anis Syed Husin (Inderapura). - BERNAMA

Artikel Sebelum

PAS Kedah Kekal Dominasi 24 Kerusi DUN

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain