Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman bersalaman dengan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang akan bertanding bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas pada Majlis Pengumuman Calon-Calon BN Negeri Johor Bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) di Johor Bharu pada Selasa. Abdul Ghani dicalonkan BN bertanding bagi kerusi Parlimen Gelang Patah dan bakal menentang penasihat DAP Lim Kit Siang pada PRU13, 5 Mei ini. -FotoBERNAMAJOHOR BARU: Datuk Abdul Ghani Othman telah diumumkan sebagai calon bagi kerusi Parlimen Gelang Patah. Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah dipindahkan ke kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Permas Jaya sementara Datuk Nur Jazlan Mohamaed kekal bertanding di kerusi Parlimen Pulai. Keputusan Khaled yang juga bekas Menteri Pengajian Tinggi itu bertanding di Dun Permas menguatkan spekulasi beliau akan dilantik menjadi Menteri Besar jika BN kembali memerintah negeri itu selepas pilihan raya nanti. Pengumuman nama calon BN Johor dibuat oleh Setiausaha Kerja BN Johor, Ramli Bohani. Ketika nama Ghani diumumkan sebagai calon hadirin memberikan gemuruh kepada beliau. Ghani ketika ditemui berkata berasa lega sejak 20 hari yang lalu.Sekurang-kurangnya tiga kerusi tidak diumumkan iaitu, Parlimen Tanjung Piai, dan kerusi Dun Senai serta Pekan Nenas. Ketiga-tiga kerusi berkenaan merupakan kerusi milik MCA dan dijangka akan diumumkan tidak lama lagi.Wakil BN memberitahu penangguhan itu disebabkan oleh penukaran di saat akhir dalam senarai nama calon. Berikut adalah senarai penuh calon BN di Johor:P140- Segamat: Datuk Subramaniam N01- Buluh Kasap: Nurshida Ibrahim N02 - Jementah: Ling Ong Tee P141 - Sekijang: Anwar Abd Manap N03- Pemanis: Low Ching Hoon N04- Kemelah: Datuk Ayub Rahmat P142- Labis: Datuk Chua Tee YongN05- Tenang: Azhar Ibrahim N04-Bekok: Tan Chong P143- Pagoh: Tan Sri Muhyidin Yassin N07- Bukit Serampang: Ismail Mohamad (muka baru) N08: Jorak: Datuk Dr Mohd Sharudin Mohd Saleh P144: Ledang: Hamim Samuri N09- Gambir: M. Asojan N10- Tangkak: Goh Tee Tee N11- Sembrong: Abd Razak (muka baru) P145- Bakri: Lee Ching Yong N12- Bentayan: Foh Soh Lan N13- Sg Abong: Datuk Aris Mohd Salleh N14- Bkt Naning: Datuk Saiful Bahri P146- Muar: Datuk Razali Ibrahim N15- Maharani: Datuk Zulhairi Ahmad N16- Sg Balang: Zaiton Ismail P147- Parit Sulong: Datuk Noraini Ahmad N17- Semerah: Mohd Ismail Roslan (muka baru) N18- Seri Medan:Datuk Zulkurnain Kamisan P148- Ayer Hitam: Datuk Wee Ka Siong N19- Yong Peng: Lim Kee Moi N20- Semarang: Datuk Samsul Bahari Jamali P149- Seri Gading: Datuk Aziz Kaprawi N21- Parit Yaani: Tiow Yew Chuan N22- Parit Raja: Datin Azizah Zakaria P150- Batu Pahat: Dr Mohd Puad Zarkashi N23- Penggaram: Ting Bang Siong N24- Senggarang: Abd Aziz Ismail N25- Rengit: Ayub Jabil P151- Simpang Renggam: Liang Tik Ming N26- Machap: Taib Abu Bakar N27- Layang Layang: Abd Mutalib Abd Rahim P152- Kluang: Datuk Hoo Kok Chung N28- Mengkibol: Chai Kee Yaw N29- Mahkota: Jais Sarday P153- Sembrong: Datuk Seri Hishammundin Tun HusseinN30- Paloh: Tioh Yap Kun N31- Kahang: Vidyanathan P154- Mersing: Datuk Abd Latif Ahmad N32- Endau: Latif Bardi N33- Tenggaroh: Ravi Kumar P155- Tenggara: Datuk Halimah Sadique N32- Parit: Datuk Badri Dasuki N33- Pasir Raja: Dr Adham Baba P156- Kota Tinggi: Datuk Nor Ihsanudin N36- Sedeli: Rasman Isnin N37- Johor Lama: Asiah Mohd Aris P157- Pengerang: Datuk Seri Azalina Othman N38- Penawar: Hamimah Mansor N39- Tanjung Surat: Sesis P158- Tebrau.: Kuu Su Siang N40- Tiram: Datuk Maulizan N41- Puteri Wangsa: M. Surinarayan P159- Pasir Gudang: Normala Abd Samad N42- Johor Jaya: Tan Cher Puk N43- Permas Jaya: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin P160- Johor Bharu: Tan Sri Shahril Samad N44- Tanjung Puteri: Datuk Adam Sumiru N45- Stulang: Chong See Chiong P161- Pulai: Datuk Nur Jazlan Mohamed N46- Pengkalan Rinting: Chang N47- Kempas: Tengku Putera Harun P162- Gelang Patah: Datuk Abdul Ghani Othman N48- Skudai: Ling Ah Chai N49- Nusajaya: Datuk Dr Zaini Abu Bakar P163- Kulai: Teh Chi Ziang N50- Bkt Permai: Mazlan Salleh N51- Bkt Batu: Chia Chin Liang P164- Pontian: Datuk Ahmad Maslan N52- Benut: Datuk Hasni Mohamad N53- Pulai Sebatang: Datuk Tee Siew Tiang N54- Kukup: Suhaili Saleh