suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wujud Peraturan Kawal Haiwan, Serangga Dan Makhluk Perosak

KUALA LUMPUR: Yayasan Wanita Islam (YATI) mencadangkan sistem perancangan bandar di negara ini mewujudkan peraturan yang lebih tegas bagi mengawal haiwan, serangga dan makhluk perosak.

Tinjauan Biro Kesihatan Masyarakat YATI sepanjang enam bulan terhadap 150 peniaga gerai makanan, kedai runcit dan pasar mendapati 95 peratus kerosakan barang-barang di premis perniagaan mereka berpunca daripada kehadiran tikus.

Presiden YATI Najwa Abd Aziz dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan, pembiakan tikus di sekitar Lembah Klang perlu dipandang serius berikutan masalah itu juga mampu mengancam nyawa manusia.

"Kebanjiran tikus yang membawa makhluk perosak boleh mengakibatkan masyarakat dijangkiti penyakit kencing tikus atau Leptospirosis yang boleh membawa maut," menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, YATI menyarankan Pihak Berkuasa Tempatan mengeluar garis panduan kawalan pembiakan tikus dan piawaian kebersihan bagi mengurangkan kehadiran tikus. BERNAMA

Artikel Lain