Guru Dan Dua Anak Maut Dihempap Konkrit Binaan Dari Lori Treler - Semasa | mStar

Guru Dan Dua Anak Maut Dihempap Konkrit Binaan Dari Lori Treler

MUAR: Seorang guru dan dua anaknya maut setelah kereta yang mereka naiki dihempap oleh konkrit binaan dari sebuah lori treler dalam kemalangan di Kilometer 22.4, Jalan Muar-Parit Sulong di Air Hitam di sini Rabu.

Ngaisah Redzuan, 46, isteri kepada anggota Jawatankuasa UMNO Bahagian Bakri Mohd Ghazali Salamon, serta dua anaknya Mohd Nurullah Al-Azim, 12, dan Puteri Balqis Sofea, 10, terbunuh serta merta di tempat kejadian pada kira-kira pukul 1.30 petang.

Ketua Polis Daerah Muar, ACP Mohd Nasir Ramli berkata kemalangan berlaku ketika kereta yang dipandu oleh Ngaisah hendak membelok ke rumah dan wanita itu ketika itu baru saja pulang dari mengambil dua anaknya di Sekolah Kebangsaan Bukit Naning, Batu 15.

"Secara tiba-tiba sebuah lori treler yang membawa muatan bahan binaan pasang siap telah merempuh kereta yang dipandu mangsa sebelum bahan muatan menghempap kesemua mangsa dalam kereta itu menyebabkan ketiga-tiga mereka meninggal dunia dalam keadaan mengerikan," katanya ketika dihubungi di sini.

Menurutnya siasatan awal mendapati lori terbabit dipercayai hilang kawalan ketika cuba memotong kereta mangsa yang sedang membelok ke rumahnya di sebelah kiri jalan dari arah Air Hitam ke bandar ini.

Katanya, kesemua mayat mangsa dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1997.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang menyaksikan kemalangan tersebut supaya menghubungi Ibu pejabat Polis Daerah Muar untuk membantu siasatan.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan 2, Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Muar Ismail Mahmood berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian sebaik saja menerima panggilan kecemasan pukul 1.30 petang.

"Kita mengambil masa hampir sejam untuk mengeluarkan mayat ketiga-tiga mangsa yang tersepit di dalam kenderaan akibat dihempap oleh konkrit berkenaan," katanya.

Sementara itu, Mohd Ghazali yang ditemui di bilik mayat hospital berkenaan tidak dapat menahan perasaan sedih dengan kejadian menimpa anak dan isterinya sehingga terpaksa ditenangkan oleh saudara mara. BERNAMA

Artikel Sebelum

Guru Berasal Dari Sabah Maut Nahas Jalan Raya

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain