suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

19 Warga Myanmar Cuba Diseludup Masuk Di Perlis

PADANG BESAR: Seramai 19 warga Myanmar yang dipercayai cuba diseludup masuk ditahan di Titi Tinggi di sini awal pagi Sabtu.

Mereka ditahan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) dalam dua buah kereta kira-kira 2 pagi.

Komander UPP kawasan Padang Besar, ASP Bahari Ahmad berkata anggota UPP yang melakukan rondaan biasa terserempak dengan kereta berkenaan yang kedua-dua pemandunya sempat melarikan apabila menyedari kehadiran UPP.

Beliau berkata pemeriksaan kemudiannya mendapati 11 warga Myanmar di dalam sebuah kereta Proton Waja manakala lapan lagi di dalam kereta jenis Perodua Myvi.

Kesemua mereka lelaki yang berumur antara 20 dan 30 tahun telah diserahkan kepada Jabatan Imigresen. -BERNAMA

Artikel Lain