suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PM: Perjanjian Damai Filipina-MILF Bawa Kesan Positif Untuk Sabah

PENAMPANG: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kejayaan Malaysia menjadi pemimpin dalam mendamaikan kumpulan berkonflik di selatan Filipina selama lebih 40 tahun turut memberikan kesan positif kepada Sabah.

Perdana Menteri berkata ini kerana faktor ketidakstabilan dan kemunduran di wilayah Mindanao telah menyumbang kepada kehadiran pendatang tanpa izin di Sabah.

"Kalau kawasan (Selatan Filipina) itu dapat dibangunkan...tiada lagi alasan mereka masuk ke Sabah. Ini sangat baik untuk Sabah," katanya ketika berucap pada majlis pecah tanah Bangunan Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri dan perasmian jambatan Inobong di Padang Pagansakan, Inobong, dekat sini, Sabtu.

Pada Ahad lepas, Najib menyambut baik pengumuman rangka perjanjian damai antara kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

Pengumuman berhubung rangka perjanjian itu dibuat berikutan rundingan peringkat awal antara panel perunding dari kedua-dua pihak yang diadakan di ibu negara Malaysia mulai 2 hingga 7 Oktober. BERNAMA

Artikel Lain