suria

Helikopter Terhempas: Juruterbang Selamat, 3 Penumpang Masih Hilang

Sebuah helikopter jenis Eurocopter EC 120 inilah yang dalam penerbangan ke Nanga Merit, Kapit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) dipercayai terhempas dekat Muara Aungai Lingga, Sri Aman pagi Jumaat. Juruterbang warga Jerman, Rico Steger, 35, diselamatkan sekumpulan nelayan tempatan manakala nasib tiga penumpang masih belum diketahui. Pasukan Gerakan Marin dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat tiga penumpang yang masih hilang itu. - foto BERNAMA.

KUCHING: Sebuah helikopter jenis Eurocopter EC 120, milik Sebiro Holdings, dalam penerbangan ke Nanga Merit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA), dilaporkan terhempas dekat Muara Sungai Lingga, Sri Aman, pada Jumaat.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, ketika mengesahkan kejadian itu kepada Bernama, berkata juruterbang warga Jerman, Rico Steger, 35, diselamatkan sekumpulan nelayan tempatan manakala nasib tiga penumpang masih belum diketahui.

Menurut Jabatan Penerbangan Awam (DCA), helikopter tersebut berlepas dari KIA pada pukul 8.57 pagi dengan tiga penumpang berkenaan iaitu seorang jurutera syarikat Sebiro Holdings dan dua juru perunding. Mereka dikatakan dalam perjalanan untuk mengkaji sebuah projek di Nanga Merit dekat Kapit.

Steger, yang berenang selama empat jam di muara sungai tersebut, kemudian dibawa ke Kampung Tebelu, Sebuyau untuk mendapatkan rawatan perubatan.

Pasukan Gerakan Marin dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat tiga penumpang yang masih hilang itu. -BERNAMA

Artikel Lain