suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

14,000 Liter Diesel Bersubsidi Dirampas

IPOH: Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Perak merampas 14,000 liter diesel bersubisdi dalam serbuan di sebuah premis di Tambun di sini, awal pagi Khamis.

Dalam serbuan pada pukul 5 pagi itu, sebuah lori tangki turut disita dengan nilai keseluruhan rampasan dianggar RM40,200.

Penolong Pengarah Kanan PPDNKK negeri Azizah Yan berkata pihaknya turut menahan dua lelaki berusia dalam lingkungan 50-an yang dikenalpasti sebagai pemilik premis berkenaan dan seorang pemandu lori. "Modus operandi sindiket penyeludupan itu ialah membeli diesel bersubsidi di beberapa stesen minyak sekitar bandar raya ini dan bahan bakar bersubsidi itu dipindahkan ke dalam lori tangki sebelum dijual secara haram kepada pihak industri," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan jika sabit kesalahan pengurusan syarikat terbabit boleh didenda RM250,000 manakala pemandu lori berkenaan boleh didenda RM100,000 atau dipenjara tiga tahun. -BERNAMA

Artikel Lain