Polis Seremban Musnah Lebih 3,700 Mesin Judi - Semasa | mStar

Polis Seremban Musnah Lebih 3,700 Mesin Judi

SEREMBAN: Polis Negeri Sembilan pada Khamis memusnahkan 3,767 mesin judi berkomputer dianggar bernilai RM1.9 juta yang dirampas dalam tempoh 2010 sehingga Mac lepas.

Proses memusnahkan mesin judi di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban itu yang menggunakan dua buah jengkaut, disaksi Ketua Polis negeri, Datuk Osman Salleh.

Turut hadir Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Superitendan Hamdan Majid dan Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Superitendan Saiful Azly Kamaruddin.

Bercakap pada sidang media selepas itu, Osman berkata sepanjang tempoh 2010 hingga Mac lepas, seramai 562 orang ditahan terbabit dalam perjudian tanpa lesen menerusi 541 operasi.

"Sebanyak 111 kes telah dituduh. Daripada jumlah itu 30 disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan 81 lagi mengikut Seksyen 6 (1) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998 (Negeri Sembilan)," katanya.

Osman berkata, polis dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan akan terus mempergiatkan operasi dan serbuan terhadap premis yang disyaki menjalankan kegiatan perjudian haram.

"Dalam membendung kegiatan ini, kita turut mendapat bantuan dari Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) untuk memotong bekalan elektrik dan air premis yang terlibat dengan kegiatan tersebut," katanya. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain