suria

Akaun Twitter Tawar Khidmat Seks Ditutup

PETALING JAYA: Kegiatan pelacuran tempatan menggunakan Twitter yang mensasarkan pelawat asing kini beralih melakukan aktiviti itu secara sulit.

Pada hari berita mengenainya disiarkan pada Isnin lalu, yang mendedahkan tentang aktiviti berkenaan menerusi Twitter, kedua-dua akaun Twitter yang menawarkan pengiring (escort) sosial kelas atasan kepada warga asing telah dipadam.

Dilaporkan bahawa sindiket yang didalangi pihak tempatan itu telah menggunakan Twitter secara aktif bagi menawarkan pengiring (escort) sosial kelas atasan – dengan kaedah yang sama untuk tawaran “call girl” yang dihantar ke spa-spa dan kelab-kelab persendirian.

Salah satu akaun berkenaan, dibuka pada Mei 2011, mencatatkan tweet sebanyak 298 kali.

Tweet tersebut diikuti oleh seramai 1,564 orang dan terdapat 303 pengikut.

Akaun tersebut turut menyenaraikan nombor telefon dan sebuah laman web, dengan kenyataan: “Agensi pengiring sosial Asia dan model pengiring sosial Malaysia untuk perkhimatan di hotel dan rumah.”

The Star telah menghubungi nombor telefon yang tersenarai dan satu lagi nombor telefon di laman web yang lain yang turut menggunakan Twitter bagi mendapatkan pelanggan, dijawab oleh individu yang sama.

Lelaki berkenaan menjawab panggilan dengan berbahasa Inggeris dengan pelat Cina.

Bagaimanapun, salah satu daripada nombor-nombor tersebut tiada lagi dalam perkhidmatan pada Rabu.

Salah satu daripada laman web itu telah beroperasi dengan akses yang terhad dan cubaan untuk melayarinya gagal.

Malah cubaan untuk menghantar borang pertanyaan pada pilihan “perkhidmatan” yang disediakan oleh laman web itu juga tidak berjaya.

Dan tidak boleh lagi mengakses laman-laman web yang lain.

Sindiket itu mengenakan caj sehingga tiga atau empat kali lebih tinggi kepada para pelanggan mereka berbanding caj biasa bagi perkhidmatan seks di Lembah Klang.

Artikel Lain