suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amerika Janji Bekerjasama Dengan Malaysia Muktamadkan Rundingan TPP

KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat (US) berjanji untuk bekerjasama dengan Malaysia bagi menangani isu-isu tertangguh dalam Perkongsian Trans Pasifik (TPP), perjanjian perdagangan bebas pelbagai hala, dan memeterai perjanjian itu secepat mungkin.

Perkara itu dinyatakan oleh wakil Perdagangan US Ron Kirk semasa pertemuannya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di pejabat Perdana Menteri, Selasa.

"Antara perbincangan positif mengenai hubungan perdagangan antara Amerika Syarikat dan Malaysia, saya menyuarakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengenai keinginan Amerika Syarikat untuk bekerjasama dalam menyelesaikan isu-isu terunggak secepat mungkin," kata Kirk dalam kenyataan pada akhir lawatan kerja dua hari ke Malaysia.

Kirk juga mengadakan rundingan mengenai TPP, yang juga dikenali sebagai Perjanjian Kerjasama Ekonomi Strategik Trans-Pasifik dan perdagangan, dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Beliau juga mengadakan pertemuan dengan Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia dan pemimpin perniagaan Malaysia dan pegawai kanan syarikat-syarikat US yang beroperasi di Malaysia. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain