suria

Isteri TPM Rai Kanak-Kanak PDK Kubang Pasu

JITRA: Isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman pada Selasa melawat Pusat Dalam Komuniti (PDK) Kubang Pasu dekat sini dan beramah mesra dengan semua pelatih di situ.

Beliau turut meraikan sambutan hari lahir seorang pelatih di situ, Fatin Nursyura Mahzan, 20, yang menyambut hari lahirnya empat hari lepas selain turut memberi cenderahati kepada pelatih-pelatih di situ.

Noorainee turut merasmikan Bengkel Produk PDK Jitra yang telah dibuka pada Februari tahun lepas.

Bengkel yang diusahakan oleh enam pelatih dengan bimbingan seorang tenaga pengajar itu menghasilkan produk makanan kering.

Noorainee kemudiannya meluangkan masa selama sejam melawat wad kanak-kanak Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, beramah mesra dan menyampaikan cenderahati kepada pesakit di wad berkenaan.

Beliau diiringi Pengerusi Badan Isteri-isteri Wakil Rakyat Barisan Nasional (Bidara) Kedah Datin Seri Noraini Abdullah. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain