DBP Nafi Fitnah Dawama - Semasa | mStar

DBP Nafi Fitnah Dawama

KUALA LUMPUR: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menafikan telah memfitnah syarikat penerbitan Dawama Sdn Bhd, sambil menyatakan pihaknya bertanggungjawab memberitahu orang ramai berhubung isu-isu berkaitan perkembangan dan kemajuan mengenai bahasa dan sastera di dalam negara.

Menerusi kenyataan pembelaan difailkan pada 21 November lalu, DBP berkata tanggungjawab tersebut terkandung dalam Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 (Akta 213).

Salinan kenyataan pembelaan itu diberikan kepada pihak media hari ini.

DBP berkata, perkataan yang dikeluarkan menerusi wawancara program Kerusi Panas Bernama Radio pada 24 April itu adalah mengenai isu-isu buku teks dan perkara untuk kepentingan awam.

Menurut DBP, kata-kata berkenaan disiarkan mengikut kelayakan keistimewaan tanpa berniat jahat serta demi kepentingan awam berhubung perkara yang dari segi undang-undang, moral dan sosial, DBP bertanggungjawab memaklumkannya kepada orang ramai.

Tambahan pula, kata DBP, kata-kata yang disiarkan itu adalah ulasan yang saksama mengenai kepentingan awam tanpa berniat jahat.

DBP mempertahankan bahawa Perjanjian Konsesi tidak pernah ditamatkan pada masa berkenaan, tetapi Notis Pembatalan masih berkuatkuasa pada masa yang berkaitan.

"Pihak plaintif (Dawama) bagaimanapun terus mengingkari berbagai perenggan dalam Perjanjian Konsesi tersebut," kata DBP ketika mengemukakan saman balas terhadap saman asal yang difailkan oleh Dawama terhadapnya.

Pada 17 Oktober lalu, Dawama memfailkan saman terhadap Lembaga Pengelola DBP dan terhadap Ketua Pengarahnya, Datuk Termuzi Abdul Aziz dengan mendakwa bahawa Termuzi telah mengeluarkan kata-kata fitnah terhadap syarikat itu dalam wawancara bersama Bernama Radio.

Syarikat itu membantah bahawa kenyataan tersebut membawa pengertian terdapat salah urus perniagaan di pihak mereka dan ianya bermaksud syarikat tidak berkelayakan dalam prestasi di bawah perjanjian konsesi dengan DBP.

Syarikat itu berkata ia dan Lembaga Pengelola DBP telah memetrai perjanjian konsesi bertarikh 19 Jun 2002 berikutan hasrat lembaga menswastakan kegiatan rekabentuk pra-cetak, taip-seting, mencetak, mengedar dan memasarkan pelbagai bahan bacaan.

Dawama menyatakan di bawah perjanjian tersebut, syarikat itu diberi hak sepenuhnya menjalankan kegiatan berkenaan untuk tempoh selama 12 tahun dari 2002 sehingga 2014.

Bagaimanapun syarikat itu mendakwa pada 21 Jun lalu, pihak defendan mengeluarkan satu artikel bertajuk 'DBP beri masa kepada Dawama untuk bekerja lebih giat' menerusi laman sesawang Bernama.

Dawama berkata, hasilnya syarikat tersebut mengalami kerugian berjumlah lebih RM500 juta.

Hakim Mahkamah Tinggi Amelia Tee Hong Geok Abdullah menetapkan 21 Disember ini sebagai tarikh pengurusan kes selepas berbincang dengan kedua-dua pihak dalam kamarnya hari ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain

BN kekalkan kerusi Parlimen Kimanis