suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

46 Peratus Kes Jenayah Di Sandakan Diselesaikan

SANDAKAN: Polis di sini berjaya menyelesaikan 248 kes atau 45.84 peratus daripada 541 kes yang dilaporkan di daerah itu sejak Januari lepas.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marong berkata penangkapan beberapa suspek dalam kes pecah rumah dan kes bunuh banyak menyumbang kepada peningkatan kadar penyelesaian kes itu.

"Menjelang akhir tahun ini, kita yakin mampu menurunkan kadar jenayah dan meningkatkan kadar penyelesaian kes di daerah ini," katanya kepada pemberita pada majlis menandatangani Nota Persefahaman Strategik antara Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri di sini Selasa.

Rowell berkata 541 kes yang dicatatkan di Sandakan tahun ini menunjukkan penurunan 4.75 peratus berbanding 568 kes dalam tempoh sama tahun lepas.

Katanya penurunan itu disebabkan antara lainnya oleh pembabitan masyarakat dalam usaha mencegah jenayah menerusi Rukun Tetangga (RT) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS).

Kini terdapat 22 RT dan empat SRS di Sandakan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain