suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

114 Bangunan Di Kedah Miliki Sijil Perakuan Bomba

ALOR SETAR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memberi tempoh antara enam bulan hingga setahun kepada pemilik bangunan di Kedah untuk mendapatkan sijil perakuan daripada JBPM.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM Amer Yusof berkata sehingga September lepas, sebanyak 114 daripada 229 bangunan di negeri ini telah memiliki sijil perakuan itu.

Beliau berkata sijil itu diperlukan bagi memastikan bangunan yang diduduki memenuhi piawaian yang ditetapkan termasuk memiliki peralatan memadam kebakaran yang berfungsi dengan baik.

"Jika mereka tidak mendapatkan sijil, mereka (pemilik) boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 27 Akta Bomba dan Penyelamat," katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Keselamatan Kebakaran di sini, Isnin.

Beliau berkata sijil itu penting dalam memastikan segala peralatan pemadam kebakaran berfungsi dengan baik agar anggotanya dapat menggunakannya untuk memadamkan api jika berlaku kebakaran. Sementara itu, Amer berkata JBPM telah bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan berlaku banjir di negeri ini bulan depan.

Beliau berkata pihaknya telah menyediakan 40 bot, kenderaan lain dan helikopter untuk digunakan bagi memindahkan mangsa banjir dan pemantauan kawasan banjir.

"Jika peralatan di negeri ini tidak mencukupi, kita akan mendapatkan bantuan daripada negeri lain," katanya. -BERNAMA

Artikel Lain