suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bajet 2012: Faedah Guru Diumum November

KUALA LUMPUR: Kira-kira 480,000 kumpulan pendidik dalam sektor perguruan di negara ini bakal menerima faedah menerusi peruntukan Bajet 2012.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau akan mengumumkan secara terpeinci faedah yang bakal dinikmati kumpulan berkenaan menerusi bajet yang diperuntukan kepada Kementerian Pejaran pada awal November depan.

"Banyak yang diumumkan oleh Perdana Menteri bagi memperkasakan perkhidmatan awam termasuk sektor pendidikan dan perguruan.

"Secara terpeinci akan saya umumkan pada awal November depan mengenai apakah kandungan yang bakal dinikmati oleh guru-guru yang jumlah mereka adalah satu per tiga daripada keseluruhan penjawat awam," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Jumaat.

Selain itu Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran turut menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menerusi Bajet 2012 kerana banyak memberi tumpuan kepada sektor pendidikan.

"Banyak sekali faedah yang bakal dinikmati seperti bantuan untuk menaik taraf infrastruktur sekolah serta bantuan persekolahan," katanya.

Artikel Lain