suria

SPNB Cadang Wujud Empat Reka Bentuk Baru RMR Tahun Depan

KUALA LUMPUR: Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) akan memperkenalkan empat reka bentuk baru bagi model Rumah Mesra Rakyat (RMR) mulai tahun hadapan, kata Pengarah Urusannya Prof Datuk Kamarul Rashdan Salleh.

Beliau berkata keluasan rumah akan turut ditambah kepada 1,000 kaki persegi berbanding 866 kaki persegi yang sedia ada.

SPNB telah menerima 19,658 permohonan untuk RMR di seluruh negara dan telah menyerahkan 15,886 unit, katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan inden kerja kontraktor program RMR di sini Jumaat.

Seramai 99 kontraktor menerimanya bagi projek di Negeri Sembilan, Selangor dan Johor. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain