suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zahid Hamidi Ketuai Konvoi Ke Pusara Mangsa Serangan Bukit Kepong

MUAR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Khamis mengetuai 320 orang peserta konvoi motosikal 1Malaysia menziarahi pusara 24 orang anggota polis dan keluarga mereka yang terkorban dalam serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950.

Mereka juga mengadakan majlis tahlil di pusara itu di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kepong di sini.

Ahmad Zahid berkata 48 persatuan bekas tentera memutuskan akan mengeluarkan bantahan terhadap kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, yang menganggap anggota-anggota Polis Bukit Kepong sebagai tali barut British.

Beliau mencadangkan agar pantomin mengenai tragedi Balai Polis Bukit Kepong yang dipersembahkan pada sambutan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur pada 16 September lepas, disiarkan semula oleh stesen-stesen televisyen di negara ini bagi tatapan rakyat dan generasi muda negara. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain