suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga Emas Maut Nahas Kereta-Motosikal

KUANTAN: Seorang lelaki warga emas terbunuh selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah kereta di Km122, Jalan Kuala Lumpur-Kuantan dekat Temerloh, pada Ahad.

Mangsa, Jantan Talib, 82, dari Paya Ruas, Maran meninggal dunia pada kira-kira 4 petang semalam ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh akibat kecederaan parah di kepala.

Pegawai Penguatkuasa Tadbir/Trafik Negeri Pahang, ASP Zainalabidin Othman berkata, dalam kejadian 11.30 pagi itu, warga emas itu dirempuh kereta berkenaan ketika keluar dari sebuah simpang.

Pemandu kereta berumur 37 tahun dan isteri serta tiga anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan, kata kepada pemberita di sini,Isnin. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain