suria

27 Rumah Peneroka Rosak Akibat Ribut

KUANTAN: Sebanyak 27 buah rumah peneroka di Felda Pancing Selatan dan Bukit Kuantan dekat sini rosak akibat ribut pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira 10 minit pada pukul 6 petang itu, 21 rumah di Pancing Selatan, dua daripadanya rosak teruk akibat dihempap pokok durian yang tumbang manakala enam rumah lagi di Bukit Kuantan.

Anggota Parlimen Paya Besar Datuk Abdul Manan Ismail ketika ditemui di sini berkata sebuah kereta milik peneroka juga rosak akibat dihempap pokok durian yang tumbang itu.

"Selain dua rumah yang dihempap pokok itu, rumah lain rosak di bahagian atap, bumbung dan dinding...kebanyakan bumbung rumah diterbangkan angin kencang," katanya di sini, Isnin.

Beliau berkata pihak Felda sedang membuat bancian bagi mengenalpasti jumlah sebenar kerugian sebelum bantuan disalurkan.

"Sebahagian besar mangsa kini menumpang di rumah saudara mereka sebelum rumah mereka dibaiki," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain