suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

BN Diharap Menang Di P.Pinang Untuk Pertahankan Hak Melayu

GEORGE TOWN: Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) menggesa masyarakat Melayu di negeri itu supaya mengukuhkan sokongan kepada Barisan Nasional agar ia dapat kembali menerajui negeri itu bagi mempertahankan hak orang Melayu yang dipinggirkan oleh kerajaan negeri pimpinan DAP sekarang.

Presiden KMPP Rahmad Isahak berkata pemimpin Melayu yang berada dalam kerajaan negeri sekarang ini terlalu takut untuk memperjuangkan hak orang Melayu.

"Terdapat dua orang pemimpin Melayu dalam exco kerajaan negeri tetapi mereka gagal membantu orang Melayu kerana terlalu sibuk bermain politik," katanya pada sidang akhbar di sini.

Rahmad berkata bahawa jika BN menang pada pilihan raya umum di negeri itu, orang Melayu akan mempunyai empat exco Melayu termasuk seorang Timbalan Ketua Menteri.

Katanya ini berdasarkan kepada senarai exco kerajaan BN sebelum ini.

Beliau berharap penduduk Pulau Pinang terutama orang Melayu supaya memikirkan dengan bijak semasa mengundi nanti demi masa depan sosio-ekonomi mereka.

"Setakat ini tiada langsung sumbangan daripada pemimpin Melayu dalam kerajaan pimpinan DAP sekarang untuk memperjuangkan kedudukan Melayu. Ini amat membimbangkan orang Melayu Pulau Pinang," kata Rahmad. - BERNAMA

Artikel Lain