BN Akan Jumpa SPR Bincang Kaedah Pilihan Raya Bersih & Adil - Semasa | mStar

BN Akan Jumpa SPR Bincang Kaedah Pilihan Raya Bersih & Adil

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) akan mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membincangkan kaedah terbaik untuk memastikan proses pilihan raya di negara ini berjalan dengan bersih dan adil.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata isu pilihan raya yang bersih dan adil juga menjadi perhatian dan komitmen parti dan bukan dimonopoli oleh pihak lain semata-mata.

"Kita akan berunding dengan SPR dan pihak-pihak lain juga boleh berunding, supaya SPR boleh merumuskan sesuatu kaedah yang boleh menjamin supaya pilihan raya ini tidak boleh dipertikaikan.

"Kita (BN) bersikap terbuka dalam hal ini dan apa-apa formula yang baik kita akan bincang dengan SPR. Semoga salah anggapan ini seolah-olah BN tidak memperjuangkan prinsip ini (bersih dan adil) untuk mengadakan pilihan raya yang bersih dan bebas, BN dapat sangkal sama sekali," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di sini, Jumaat.

Mengenai sidang khas Parlimen yang dituntut oleh pihak pembangkang, Najib berkata: "Sampai pada masanya kita akan buat sesuatu kenyataan nanti".

Sementara itu, beliau berkata Dewan Tertinggi BN pada Jumaat menerima empat pertubuhan sebagai anggota bergabung BN iaitu Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia, Gabungan Persatuan-persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia, Pertubuhan Seni Silat Gayung Malaysia dan Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah.

Katanya, BN masih membuka permohonan kepada mana-mana pertubuhan yang ingin bergabung dengan parti itu. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain