Pahlawan Negara Saran Kerajaan Lancar Kempen Kesedaran Bahaya Fahaman Komunis - Semasa | mStar

Pahlawan Negara Saran Kerajaan Lancar Kempen Kesedaran Bahaya Fahaman Komunis

SRI AMAN: Seorang wira negara menyarankan supaya kerajaan melancarkan kempen publisiti secara meluas mengenai ideologi dan kesan fahaman komunis terhadap masyarakat bagi menangani kononnya cubaan mewujudkan semula fahaman itu menjelang perhimpunan haram pada 9 Julai ini.

Kanang anak Langkau, bekas Pegawai Waran 1, yang pernah terbabit dalam operasi memburu komunis, berkata generasi sekarang tidak akan memahami kezaliman dan kesengsaraan yang dihadapi oleh rakyat semasa pemberontakan komunis di negara ini pada 1948 hingga 1960.

"Salah satu cara menimbulkan kesedaran rakyat tentang fahaman komunis adalah dengan menceritakan sejarah ideologi komunis di Malaysia yang membawa kepada pembunuhan beramai-ramai pada zaman itu," katanya kepada Bernama di sini Ahad.

Kanang, yang berusia 67 tahun, merupakan satu-satunya penerima kedua-dua anugerah Pingat Gagah Berani (PGB) dan Seri Pahlawan (SP) dan masih hidup.

Katanya cubaan menghidupkan semula ideologi komunis mungkin terselindung di sebalik kemajuan teknologi dan maklumat dalam internet sehingga gagal dikesan oleh kerajaan.

"Adalah penting bagi rakyat dan kerajaan mengesan elemen-elemen ini pada peringkat awal lagi," katanya. Sambil menyokong tindakan tegas polis dalam menjaga ketenteraman awam, Kanang berkata sudah tiba masa bagi menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi memberi isyarat jelas kepada mereka yang berhasrat menyebarkan ideologi komunis di negara ini.

Beliau juga mencadangkan Kementerian Pelajaran memberi pendedahan mengenai bahaya fahaman komunis kepada pelajar dari peringkat sekolah rendah.

"Generasi muda perlu diajar menghargai pengorbanan perajurit negara dalam mengekalkan keamanan semasa era pemberontakan komunis di negara ini," katanya Kanang berkata salah satu sebab utama ramai masih jahil mengenai ancaman ideologi komunis adalah kerana keamanan dan keharmonian yang dinikmati oleh generasi muda sekarang.

"Adalah sedih dan tidak sensitif oleh kumpulan tertentu yang cuba menghidupkan semua ideologi komunis...satu tindakan yang tidak menghormati pengorbanan perwira negara dalam mempertahankan keamanan negara pada era itu," katanya.

Keberanian Kanang dalam operasi memburu penganas komunis tercatat dalam sebuah buku berjudul "Kanang Cerita Seorang Pahlwan" yang ditulis oleh Mejar (B) Maznan Nordin dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain