suria

14 Ditahan Cuba Hasut Orang Ramai Sertai Demo Bersih

ALOR SETAR: Seramai 14 orang yang dipercayai anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditahan kerana cuba menghasut orang ramai untuk menyertai perhimpunan haram 9 Julai ini.

Kesemua mereka termasuk tiga wanita ditahan kira-kira pukul 9.30 pagi tadi di sebuah kedai makan di Jalan Teluk Wanjah di sini.

Ketua Polis Negeri Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata semua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Anak Bukit untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata polis turut merampas risalah mengenai perhimpunan itu yang dipercayai untuk diedarkan kepada orang ramai.

"Kesemua mereka akan disiasat di bawah Seksyen 27 Akta Polis dan Seksyen 108 Kanun Keseksaan," katanya kepada pemberita di tempat kumpulan tersebut ditahan.

Difahamkan antara yang ditahan ialah Ketua Biro Perundangan PKR Kedah, Gooi Hsiao Leung yang sebelum itu mengeluarkan kenyataan mengutuk tindakan pihak polis menahan orang ramai yang mahu menyertai perhimpunan haram itu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain