suria

Sudan Tidak Sertai LID 2011

PUTRAJAYA: Sudan tidak mengambil bahagian pada Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) Kesembilan 2011 yang bermula pada Ahad, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Beliau yang mengesahkan perkara itu, berkata ini berikutan keadaan yang tidak dijangka.

"Mereka (Sudan) tidak datang...mereka telah maklumkan kepada kami...disebabkan beberapa keadaan yang tidak dijangka," katanya kepada Bernama ketika diminta mengesahkan ketidakhadiran Sudan pada dialog tiga hari itu.

Ini merupakan kali pertama Malaysia mengadakan LID di luar Langkawi LID 2011 dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Konvensyen Antrabangsa Putrajaya di sini Ahad.

Terdahulu, dilaporkan bahawa Menteri Luar Sudan Ali Karti akan mewakili negaranya, berikutan keputusan Presiden Sudan Omar Al-Bashir untuk tidak menghadiri dialog itu disebabkan masalah dalaman negara berkenaan. Bashir hadir pada LID 2007 di Langkawi.- BERNAMA

Artikel Lain