suria

Honda Malaysia Sambung Pengeluaran Penuh Pada Ogos

KUALA LUMPUR: Kilang Honda Malaysia Sdn Bhd di Alor Gajah akan menyambung semula pengeluaran penuh pada Ogos 1, dan akan cuba meningkatkan unit pengeluaran dengan menambah waktu operasi pada 1 Ogos dan akan cuba menampung kekurangan bekalan dari April hingga Julai.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Yoichiro Ueno berkata: "Syarikat sekutu Honda di Jepun telah bekerja keras bersama-sama pembekal kami semenjak bencana pada Mac untuk memulihkan bekalan komponen dari negara itu.

"Oleh itu, kami gembira untuk mengumumkan bahawa kami berupaya menyambung semula pengeluaran lebih awal dari jangkaan," katanya.

Beliau juga berkata syarikat itu akan menyambung pengambilan tempahan model Hybrid baharu Honda, Insight, mulai Rabu.

Pengambilan tempahan baharu Insight digantung pada 7 April. Tempahan bagi semua model Honda lain tidak terjejas dan boleh dibuat di mana-mana pusat pengedar sah Honda di seluruh negara. BERNAMA

Artikel Lain