suria

Pos Malaysia Kedah Perluaskan Kempen 'Satu Rumah Satu Nombor Satu Peti Surat'

GURUN: Pos Malaysia Kedah akan memperluaskan kempen 'Satu Rumah Satu Nombor Satu Peti Surat' kerana masih banyak rumah di negeri ini tidak mempunyai alamat lengkap dan menyukarkan tugas posmen.

Pengurus Operasinya Baharuddin Ahmad berkata kempen itu adalah inisiatif Pos Malaysia Kedah sejak 2008 bagi menghasilkan sistem penghantaran surat dan barangan yang lebih sistematik kepada pelanggan.

Sebelum ini hanya penduduk sekitar Pendang, Kota Setar dan Pokok Sena yang didedahkan dengan kempen itu, dan Pos Malaysia Kedah akan memperluaskannya ke Kuala Muda tahun ini, katanya kepada Bernama, di sini, Ahad.

Baharuddin berkata menerusi kempen itu, setiap penduduk disarankan mempunyai peti surat dan mempamerkan nombor khusus sebagai alamat lengkap bagi memudahkan posmen ketika menjalankan tugas penghantaran.

Katanya tindakan itu akan memberi manfaat kepada pelanggan dan juga Pos Malaysia Kedah kerana urusan penghantaran surat serta barangan dapat dilakukan dengan lancar.

Artikel Sebelum

Artikel Lain