suria

Letupan Kuat Di Kondominium, Seorang Warga British Cedera

KUALA LUMPUR: Satu letupan kuat dipercayai berpunca daripada letupan gas berlaku di tingkat 17, sebuah kondominium di Jalan Yap Kwan Seng di sini malam Ahad.

Menurut jurucakap Bomba dan Penyelamat, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 7.45 malam menyebabkan rumah di tingkat itu terbakar selain kaca tingkap bertaburan di atas jalan raya dan difahamkan seorang lelaki cedera dalam kejadian ini.

Mangsa, Paul Levell, seorang warga British berumur 61 tahun, mengalami kebakaran 60 peratus di badannya dan dikejarkan ke Pusat Perubatan Prince Court.

Kejadian itu turut menyebabkan berlaku gegaran kuat di sekitar ibu kota. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Zaman SNAP Sudah Berakhir

Artikel Lain