suria

Bank Rakyat, TNB Serah Zakat RM4.5 Juta Di Johor

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini menerima pembayaran zakat perniagaan bagi pihak Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) daripada Bank Rakyat dan Tenaga Nasional Berhad dalam satu majlis di Istana Besar di sini, Jumaat.

Zakat perniagaan Bank Rakyat berjumlah RM2,305,743 dan zakat TNB berjumlah RM2,222,733.87 bagi tahun 2010.

Cek zakat bagi pihak Bank Rakyat disampaikan kepada Sultan Ibrahim oleh anggota lembaga pengarah Bank Rakyat, Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman manakala cek TNB disampaikan oleh Pengurus Besar TNB Johor Datuk Mohd Aminuddin Mohd Amin.

Turut hadir pada majlis itu, Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli, Penasihat MAIJ Datuk Nooh Gadut, Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsudin, anggota-anggota exco kerajaan negeri Johor dan pegawai kanan kerajaan. - BERNAMA

Artikel Lain