suria

TMJ Dilantik Pemangku Raja Johor

JOHOR BAHARU: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim hari ini dilantik sebagai pemangku Raja Negeri Johor bagi selama ketiadaan Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Pengisytiharan pelantikan baginda oleh Sultan Johor itu yang dibacakan oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman dibuat mengikut Fasal 9 (1) (c) dan (3) Bahagian Pertama Undang-Undang tubuh Kerajaan Johor 1895.

Upacara yang disempurnakan di Istana Besar Johor di sini turut dihadiri Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris dan Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar ibni Sultan Ibrahim.

Turut hadir ialah Tunku Aris Bendahara Johor, Tunku Abdul Majid Idris ibni Almarhum Sultan Iskandar, kerabat diraja Johor, barisan exco kerajaan negeri dan setiausaha kerajaan negeri Datuk Abdul Latif Yusof.

Tunku Ismail dimasyhurkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada 28 Januari 2010 setelah ayahandanya dimasyhurkan sebagai Sultan Johor yang baru berikutan kemangkatan nindanya, Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail.

Artikel Lain