suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

38 Penjaja Little India Dapat Lesen

KUALA LUMPUR: Seramai 38 penjaja di Brickfields yang sebelum ini terpaksa berpindah untuk memberi laluan kepada projek pembangunan "Little India", diberi lesen untuk menjalankan perniagaan di tapak asal mereka.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, penjaja berkenaan kini boleh menjalankan perniagaan di premis baru selepas sejumlah 20 gerai makanan serta 18 gerai buah-buahan dan bunga telah siap dibangunkan.

"Bagaimanapun, kerja-kerja membina 39 lagi tapak penjaja di Jalan Chan Ah Tong masih dijalankan, dan sementara menunggu ia siap, penjaja berkenaan akan terus menjalankan perniagaan di tapak sementara di kawasan itu," katanya kepada kepada pemberita selepas menyerahkan lesen kepda penjaja berkenaan, Selasa.

Beliau berkata projek 'Little India' bukan sekadar untuk mengindahkan kawasan berkenaan, malah turut mengambil berat soal meningkatkan ekonomi penduduk setempat.

Justeru, beliau berharap penjaja yang diberi lesen dapat menghargai pemberian kerajaan itu dan berusaha mengekalkan kebersihan serta keindahan kawasan sekitar 'Little India'. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain