10 Anak Kapal Kargo Yang Tenggelam Ditemui Selamat

KUCHING: Sepuluh dari 18 anak kapal kargo yang dilapor hilang ketika dalam perjalanan dari Kuching ke Sibu, ditemui di tepi di pantai di Kampung Kabong, berhampiran Sarikei, Khamis.

Ketua Penguatkusa Maritim Wilayah Sarawak Laksamana Pertama Ismail Bujang Pit berkata kesemua mereka dibawa ke hospital Sarikei untuk rawatan lanjut selepas menjalani pemeriksaan di klinik di Kabong.

"Sepuluh anak kapal yang terselamat itu belum dikenalpasti dan kami akan mengambil keterangan daripada mereka untuk mengetahui mengenai kejadian itu dan bagaimana mereka diselamatkan," katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat, terdiri daripada Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), polis dan nelayan tempatan, telah mengenalpasti kedudukan kapal kargo malang itu, yang tenggelam di lapan batu nautika di boya pertama menghampiri Kuala Rajang, kira-kira sejam perjalanan bot dari Sarikei.

Operasi mencari dan menyelamat lapan lagi anak kapal yang masih hilang, yang dihentikan awal hari ini berikutan ombak besar, akan diteruskan di lokasi kapal itu tenggelam sebaik keadaan cuaca mengizinkan, katanya.

Kapal kargo M.V. Soon Bee II itu dinaiki 17 anak kapal dan juragan iaitu Imam Fahrudi (juragan), Sadri Ismail (ketua pegawai), Athoaba Baremron Kabui, Tripati Yogesh Kumar, Vivek Kumar Sharma, Wong Kie Ket, Robert Aling anak Kinking, Bong Youn Choi, Jong Qing You, Arun Mathunny Raj, Vijit Hazarika, Manish Kumar Singh, Akhand Pratap Singh, Ravinderdeep Singh, Narotam Banshiyar, Bong Kui Seng dan Perates anak Sapor.

Ismail berkata kapal nelayan, terutama nelayan laut dalam di Tanjung Manis, yang keluar ke laut telah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan diminta membantu usaha mencari dan menyelamat sekiranya mereka menemui anak kapal yang hilang itu.

APPM menerima laporan kecemasan daripada kapal terbabit yang menghadapi masalah kebocoran pada Selasa malam, tetapi cuaca buruk dan ombak besar sehingga mencapai ketinggian 3.5 meter menyebabkan usaha mencari dan menyelamat sukar dijalankan, katanya.

Kapal itu yang bertolak dari Kuching pada pukul 8 pagi ke Sarikei dan Sibu, sepatutnya tiba di Sarikei sekitar pukul 9 malam.

Ketua Polis Daerah Sarikei Supritendan Philip Picha Rumpang berkata pemilik kapal itu membuat laporan polis apabila menyedari kapal berkenaan tidak tiba di Sarikei seperti dijadual.

Sementara itu, terdapat laporan awal yang mengatakan bahawa lapan anak kapal itu diselamatkan oleh bot tunda pada kira-kira pukul 4 petang Selasa. - BERNAMA

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain

Awas, jangan 'syok' sangat korek telinga!