suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penerbangan MAS Ke Jakarta Kekal Mengikut Jadual

KUALA LUMPUR: Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH725 dan MH724 yang masing-masing dijadualkan berlepas ke Jakarta pada pukul 6.05 petang dan 7.50 malam ini, kekal seperti yang dijadualkan berikutan keadaan awan abu gunung berapi yang menyelubungi ruang angkasa Jakarta diramalkan bertambah baik.

Dalam kenyataannya, syarikat penerbangan itu berkata bagaimanapun, penerbangan MH726 yang dijadualkan berlepas pada pukul 5.05 pagi esok dari Jakarta ke Kuala Lumpur, dibatalkan.

Kenyataan itu juga menyatakan bahawa semua penerbangan MAS ke Jakarta esok dijangka mengikut jadual.

Sebelum ini, penerbangan yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Bandung dan Yogyakarta, dibatalkan, kata kenyataan itu.

MAS menasihati penumpangnya menyemak status jadual penerbangan masing-masing dengan melayari www.malaysiaairlines.com sebelum ke lapangan terbang.

Mereka juga boleh menghubungi pusat panggilan MAS melalui talian 1300-88-3000 (di Malaysia) dan 03-78433000 (di luar Malaysia) atau pejabat jualan tiket MAS untuk mengetahui jadual penerbangan terkini. - BERNAMA

Artikel Lain