suria

Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar Kekurangan Darah

ALOR SETAR: Unit Perubatan Transfusi, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, merayu orang ramai menderma darah bagi menampung kekurangan bekalannya di hospital itu.

Mereka yang ingin menderma darah boleh datang terus ke Unit Pendermaan Darah HSB setiap Ahad hingga Rabu dari 8 pagi hingga 5 petang bermula pada Khamis.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, Ketua Jabatan Perubatan Tranfusi HSB Dr Abdul Rashid Mohd Ibrahim, berkata pada Khamis pula kaunter derma darah akan dibuka dari 8 pagi hingga 3.30 petang dan pada Jumaat ia dibuka dari 10 pagi hingga 4 petang (minggu pertama dan ketiga).

Bagi penderma yang tidak dapat ke HSB mereka boleh menderma darah di hospital-hospital berhampiran. - BERNAMA

Artikel Sebelum

YB Baru Mahu Kotakan Janji

Artikel Berikut

Artikel Lain