suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahli Perniagaan Maut Jatuh Hotel

KUANTAN: Seorang ahli perniagaan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat dua sebuah hotel di Jalan Wong Ah Jang di sini malam Selasa.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan DSP Kamaruzzaman Jaafar berkata lelaki berusia 53 tahun itu difahamkan menyewa bilik hotel berkenaan sejak semalam.

Dia meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan pada 2 pagi tadi, hampir empat jam selepas kejadian itu.

Kamaruzzaman berkata polis masih menyiasat sama ada terdapat unsur jenayah atau dalam kes itu.

Mengenai satu kes lain, beliau berkata polis sedang mengesan seorang wanita berumur 20 tahun yang dipercayai melarikan diri selepas melahirkan seorang bayi perempuan di hospital berkenaan semalam.

"Kita difahamkan wanita itu pembawa HIV dan anaknya kini berada dalam keadaan sihat serta stabil," katanya.

Kamaruzzman berkata polis telah memaklumkan kepada kes berkenaan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan selanjutnya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain