Naik Taraf Jakim Sebagai Kementerian - Semasa | mStar

Naik Taraf Jakim Sebagai Kementerian

KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran supaya menaik taraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(Jakim) di bawah Jabatan Perdana Menteri menjadi sebuah kementerian penuh bagi menyelaraskan urusan berkaitan agama Islam di negara ini.

Perwakilan Perak, Datuk Rosli Husin berkata, agensi di peringkat Pusat perlu dilihat senadi dan senada dalam soal yang berkaitan dengan hukum serta fatwa agar kesegeragaman dari segi hukum dan fatwa dapat dimantapkan.

"Dengan menaik taraf jabatan itu kepada kementerian dapat memperkemaskan dan menyelaraskan segala urusan yang berkait rapat dengan soal-soal Islam di negara ini," katanya ketika membentangkan usul agama dan pendidikan pada Perhimpunan Agung Umno ke-61 di sini, Sabtu.

Jelas beliau lagi, dengan wujudnya sebuah kementerian bagi memantau soal hal ehwal agama Islam, kerajaan dapat melaksanakan tindakan drastik serta mengambil keputusan segera terutamanya permasalahan berkaitan akidah dan fatwa.

"Tindakan drastik tentunya dapat dibuat tanpa menunggu keputusan peringkat negeri terutamanya yang berkait dengan akidah, ajaran sesat, kes tukar agama, pembuangan bayi, anak luar nikah dan sebagainya.

"Selain itu ia juga dapat mengelakkan daripada pandangan berbeza dan bercanggah tentang sesuatu yang berbangkit," katanya.

Tambah beliau, dengan wujudnya sebuah kementerian hal ehwal agama Islam juga dapat memastikan kesucian dan kedaulatan agama Islam dapat diurus tadbir dengan berkesan dan menjadi rujukan masyarakat Islam.

Selain itu, menyentuh mengenai keputusan kerajaan menaikkan elaun imam dan guru-guru Kafa daripada RM750 ke RM800 sebulan, beliau bagaimanapun mencadangkan kerajaan agar mempertimbangkan supaya golongan berkenaan diberikan gaji penuh.

"Saya nak cadangkan agar imam dan guru Kafa diberikan gaji bulanan penuh bagi menunjukkan keprihatinan kerajaan kepada golongan ini," katanya.

Artikel Sebelum

Mayat Peneroka Rentung Dalam Ladang Sawit

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain