suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bajet 2011 Dijangka Berkisar Usaha Mantap Dasar Kerajaan

KUALA LUMPUR: Bajet 2011 yang akan dibentangkan di Parlimen pada Jumaat ini dijangka lebih banyak berkisar kepada usaha memantapkan dasar-dasar baru kerajaan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.

Ketua Penerangan Umno itu berkata, dasar-dasar tersebut termasuklah Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).

"Saya kira perkara sebeginilah yang akan diberi pendekatan lebih lanjut oleh kerajaan kerana ia penting sebagai sebahagian langkah yang digariskan untuk mencapai wawasan ekonomi berpendapatan tinggi," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, Selasa.

Dalam pembentangan bajet kali ini, Ahmad juga membayangkan hasrat beliau selaku Timbalan Menteri untuk mendengar lebih banyak 'berita gembira', terutamanya kepada rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat pada 15 Oktober.

Pada Perundingan Bajet 2011 di Putrajaya Sabtu lepas, Najib dalam ucapannya menyifatkan perbentangan Bajet 2011 sebagai yang akan menetapkan rentak transformasi ekonomi ke arah ekonomi maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020. - BERNAMA

Artikel Lain