suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

AirAsia Akan Tambah Penerbangan KL-Guangzhou

KUALA LUMPUR: AirAsia Bhd akan menambah penerbangan terusnya dari Kuala Lumpur ke Guangzhou daripada dua kali seminggu kepada tiga kali sehari bermula 15 November 2010.

AirAsia dalam satu kenyataan hari ini berkata, bersempena dengan penerbangan tambahan itu, ia akan menawarkan tambang promosi istimewa bermula daripada RM88 sehala.

"Tempoh tempahan promosi adalah dari 6 hingga 10 Oktober bagi perjalanan daripada 15 November 2010 hingga 11 Ogos 2011," kata syarikat penerbangan tambang murah itu.

Bagi melengkapkan rancangan perjalanan penumpangnya, AirAsia berkata unitnya, AirAsiaGo, akan menawarkan sehingga 70,000 hotel seluruh dunia dan 5,000 aktiviti lawatan peribadi bagi menyesuaikan dengan setiap bajet.

Ketua Komersial Serantaunya, Kathleen Tan berkata, laluan itu mencatatkan pertumbuhan menggalakkan dan peningkatan permintaan.

"Laluan itu juga merangsang pertumbuhan ekonomi antara kedua-dua bandar raya," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain