suria

Wanita Maut Rempuh Babi Hutan

KUALA KANGSAR: Seorang wanita terbunuh selepas motosikal yang ditungganginya merempuh seekor babi hutan yang melintas di kawasan kebun getah di Jalan Kampung Maran, Kati di sini awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Supritendan Abdul Ghaffar Muhammad berkata, mangsa Yeoh Eng Mooi, 46, yang mengalami cedera parah di kepala meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Kangsar.

Kejadian berlaku pada pukul 4.20 pagi ketika mangsa bersama suaminya masing-masing menaiki motosikal berasingan dalam perjalanan dari rumah ke kebun untuk menoreh getah, katanya kepada pemberita.

Abdul Ghaffar berkata, Yeoh kemudian merempuh seekor babi hutan yang tiba-tiba muncul dan melintas di hadapan menyebabkan mangsa tercampak di atas jalan.

Suami mangsa yang mendengar bunyi dentuman dari belakang kepada berpatah balik dan mendapati isterinya terbaring dengan berlumuran darah di kepala lalu mengejarkannya ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital, katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain