suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

53 PATI Ditahan Dalam Ops Sapu Di Kuala Besut

BESUT: Seramai 53 pendatang tanpa izin ditahan dalam Ops Sapu yang dijalankan Jabatan Imigresen Terengganu di sebuah tapak pembinaan projek rumah pangsa dekat Kuala Besut, Selasa.

Mereka yang ditahan dalam operasi kira-kira dua jam bermula pukul 11 pagi itu terdiri daripada rakyat Indonesia, Bangladesh dan Vietnam.

Pengarah Jabatan Imigresen Terengganu Azhar Abd Hamid berkata ketika serbuan dibuat, kesemua mereka termasuk tiga wanita sedang bekerja di tapak pembinaan itu.

"Hasil pemeriksaan mendapati mereka melakukan pelbagai kesalahan termasuk 24 orang menyalahguna pas kerja, 16 tiada dokumen pengenalan diri dan 13 lagi tinggal lebih masa di negara ini," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Beliau berkata operasi itu membabitkan 29 anggota jabatan itu dan 12 anggota Rela.

Kesemua yang ditahan itu dihantar ke Depot Tahanan Imigresen Ajil, katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain